CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 9 July 2012

INTRODUCTION TO WORK FEATURES

Work Features
Menerangkan bagaimana untuk membina "Work Planes, Work Axes dan Work Points". dengan menggunakan arahan ini, ianya membolehkan membina bahagian- bahagian objek dengan lebih komplek.


Orientasi yang sesuai dapat menentukan pemilihan untuk melukis geometri yang dipilih. Dengan adanya arahan ini, ianya dapat membantu bagi pembentukan lukisan dengan pemilihan dan kedudukan.
  • mewujudkan dan memperlihatkan kerja penggunaan dalam "part", "assembly", "sheet metal", dan lakaran pada persekitaran 3D
  • sebagai rujukan bagi melakukan kerja-kerja dalam lukisan geometri
  • kerja-kerja lukisan boleh dilakukan pada larakan 2D
  • menjadikan kerja-kerja dengan lebih efektif
  • boleh menukar rujukan diperlihatkan 'ON' atau tidak 'OFF'
  • menambah atau mengecil saiz atau jarak
Work Planes
Permukaan kerja adalah satu permukaan pembinaan yang terhingga iaitu secara berparameter. Permukaan kerja boleh diletakkan dimana-mana ruang orientasi, boleh dianjakkan secara ofset dari kedudukan asal permukaan kerja kepada permukaan kerja yang baru atau ianya di putarkan pada paksi.
Permukaan kerja boleh digunakan untuk membina lakaran dan pendimensian atau kerja - kerja penambahan pada sesebuah komponen. Dalam arahan pemasangan, ianya boleh mewujudkan dua satah permukaan pada permukaan komponen yang berasingan. Setiap permukaan kerja mempunyai sistem koordinat yang tersendiri.
Permukaan kerja dapat diwujudkan dengan keadaan teratur dan tersusun walaupun sedang menggunakan arahan yang lain.

Offset Work Planes
  • Pilih ikon work planes
  • Pilih work plane YZ, XZ, atau XY
  • Kotak rujukan work plane akan terpapar
  • Pilih kotak tersebut dengan klik kiri pada butang tetikus jangan dilepaskan, gerakkan tetikus dimana akan diperlihatkan satu kotak
  • Satu kotak dialog ofset akan terpapar
  • Tukar nilai jarak work plane
  • Tekan <Enter> untuk selesai
Pemilihan Work Plane Pada Permukaan Objek
  • Pilih ikon work plane
  • Pilih permukaan kotak seperti rajah dibawah
  • Work plane akan diperlihatkan
Ofset Work Plane melalui Permukaan Objek
  • Pilih ikon work plane
  • Pilih permukaan objek
  • Pilih kotak rujukan yang diperlihatkan, gerakkan kotak tersebut
  • Kotak dialog offset akan terpapar
  • Letak nilai jarak tersebut
Mendapatkan Work Plane melalui 2 permukaan
  • Pilih ikon work planes
  • Pilih permukaan A
  • Pilih permukaan lengkung B
Mendapatkan Sudut Work Plane


  • Pilih ikon work planes
  • Pilih permukaan A
  • Pilih garisan B
  • Satu kotak dialog akan terpapar
  • Tukar nilai sudut -45 <Enter>
Mendapatkan Work Plane melalui Tangen
  • Pilih ikon work plane
  • Pilih garisan A
  • Pilih permukaan lengkungan B


Mendapatkan Workplane dengan 3 point
  • Pilih ikon work planes
  • pilih titik A,B dan C


Mendapatkan Workplane Selari Dengan Point
  • Lukis point pada objek
  • Pilih ikon work planes
  • Pilih titik (point)
  • Pilih permukaan


0 comments:

Post a Comment